suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bandar Melaka, Banting Catat IPU Tidak Sihat Setakat 4 Petang

KUALA LUMPUR: Banting masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 103 dan Bandaraya Melaka menjadi kawasan terbaharu dalam kategori itu dengan catatan 102 setakat pukul 4 petang Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak 39 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Putrajaya (98), Nilai dan Cheras (89), Bukit Rambai (87), Port Dickson (85) dan Pelabuhan Kelang (82).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain