suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik dekat Kampung Mangkalinau di Sandakan, awal pagi Jumaat.

Insiden itu berlaku semula dalam tempoh kurang dari tiga bulan selepas seorang anggota bomba maut terkena renjatan elektrik di kawasan penempatan setinggan berasingan.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata bomba menerima panggilan pada pukul 7.01 pagi Jumaat.

"Mayatnya ditemui seorang individu yang lalu-lalang di atas jambatan yang menghubungkan penempatan tersebut ke jalan utama sebelum pukul 7 pagi," katanya.

Anddre berkata lima anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sejurus panggilan diterima.


maut, renjatan elektrik

Artikel Lain