suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Kepada Jamal: "Lebih Baik Solat Jemaah, Qiamullail"

GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menganjurkan majlis keagamaan di masjid berbanding demonstrasi jalanan.

"Lebih baik dia adakan himpunan di masjid, solat jemaah, buat qiamullail.

"Saya cadangkan ajak mereka buat qiamullail di masjid supaya dapat membentuk akhlak yang mulia, berlaku adil...itu yang saya cadangkan," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah projek naik taraf Masjid Zakaria di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai rancangan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu untuk menganjurkan perhimpunan ‘Selamatkan Selangor Daripada Kerajaan Carca Marba’ pada 18 Oktober ini.

Jamal sebelum ini dilaporkan berhasrat menganjurkan perhimpunan tersebut di Kajang namun mengambil keputusan untuk memindahkannya ke pusat beli belah Spectrum di Bandar Baru Ampang.

Azmin Ali, Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain