14 Jelitawan Rebut Takhta Miss Universe Malaysia 2016 - Semasa | mStar

14 Jelitawan Rebut Takhta Miss Universe Malaysia 2016

KUALA LUMPUR: Seramai 14 jelitawan telah dipilih oleh  Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) untuk bersaing merebut gelaran Miss Universe Malaysia 2016 pada Januari depan.

Pengarah Nasional MUMO Carey Ng berkata senarai akhir peserta pertandingan ratu cantik itu diputuskan dalam tempoh enam bulan.

Mereka yang dipilih ialah Alicia Tan, Ariessa Lam, Cindy Ng, Dhivya Dhyana, Hazelin Ng, Jennifer Ling, Kiran Jassal, Lina Soong, Loveena Ruben, Nisha Sema, Rema Rao, Chow Siat Teen, Swarna Naidu dan Yeoh Yen Nee.

Carey berkata semasa kem kecantikan, semua peserta akan didedahkan dengan sesi dandanan, peragaan, gaya, pengucapan awam, lakonan, kecergasan dan  fotografi.

"Bagi 2016, kami mahu mendapatkan lebih ramai penonton dalam talian dengan keseluruhan proses ini akan dirakamkan dan disiarkan menerusi Youtube dalam 31 episod," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Carey berkata peminat boleh mengundi sekali lagi calon pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi mudah alih 'Next Miss Universe Malaysia' yang disediakan secara percuma menerusi iTunes App Store dan Google PlayStore.

Menurutnya sebahagian daripada kutipan yang diperoleh daripada acara Miss Universe Malaysia itu akan disalurkan kepada Program Rawatan, Penjagaan dan Sokongan Yayasan Aids Malaysia bagi membantu mangsa yang dijangkiti HIV dan AIDS.

Mengenai Miss Universe Malaysia 2016, Carey berkata pemenangnya akan mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Universe pada hujung tahun depan selain menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan barang tajaan bernilai lebih daripada RM200,000.

Miss Universe Malaysia 2016

Artikel Sebelum

Awas Denggi Selepas Jerebu

Artikel Berikut

Berat Hati Meninggalkan Tanah Suci

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain