suria

"Saya Sudah Bayar Yuran Tuisyen Anak Saya"- Ibu

KAJANG: Ejen hartanah Vinnie Chin berhenti menghantar anaknya ke sebuah pusat tuisyen apabila prestasi akademik anaknya tidak bertambah baik dan mendapat keputusan teruk dalam peperiksaan.

Chin, 39, telah menjelaskan yuran pengajian, tetapi badan pengurusan pusat itu berkata dia tidak menyelesaikan bil bulan Mei.

"Mei adalah bulan terakhirnya. Dia berada di sana hanya lima bulan. Saya membayar yuran pada 12 Mei.

"Tiba-tiba pada Julai, mereka menghubungi saya dan menuduh saya tidak membayar yuran," katanya ketika dihubungi.

Chin mendakwa menerima mesej teks pada 12 September, memberi amaran bahawa tindakan drastik akan diambil jika dia tidak menjelaskan bayaran dengan segera.

Sabtu lalu, dia terkejut apabila melihat banner di pintu pagar sekolah di Semenyih memaparkan empat wajah kanak-kanak termasuk anaknya, dengan karektor yang menyatakan bahawa mereka berhutang yuran tuisyen dan "adakah mereka layak mendapat ibu bapa seperti itu?"

"Saya terkejut apabila mereka terpaksa menghina anak saya dengan cara ini," katanya.

Chin adalah antara ibu bapa yang anak-anak telah 'dimalukan' oleh sebuah pusat tuisyen kerana dikatakan tidak membayar yuran.

Adun Balakong Eddie Ng, yang bertemu dengan ibu bapa berkenaan pada Isnin berkata tindakan itu tidak adil untuk kanak-kanak.

"Salah seorang daripada mereka tak mahu pergi ke sekolah kerana takut dihina oleh rakan-rakannya disebabkan banner itu."

Ng berkata dia cuba menghubungi pusat tuisyen itu tetapi tidak ada yang menjawab.

The Star juga menghubungi pusat tuisyen itu tetapi pihak pengurusan enggan mengulas.

Laporan di media China berkata pusat itu menafikan meletakkan banner tersebut.

Ng juga berkata,dia berharap ibu bapa tidak mengambil kesempatan daripada keadaan ini.

"Jika mereka benar-benar tak membayar yuran, mereka perlu menguruskan dengan pusat tuisyen dan menyelesaikannya dengan segera," katanya.
yuran tuisyen, Eddie Ng

Artikel Lain