Keluarga Cina Tunggal Di Perkampungan Muslim Cinta Budaya Melayu - Semasa | mStar

Keluarga Cina Tunggal Di Perkampungan Muslim Cinta Budaya Melayu

Siau Hooi dan suaminya segak dengan pakaian pengantin Melayu ketika majlis perkahwinannya diadakan di Kampung Tebuk Haji Musa, Parit Buntar, Ahad.
PARIT BUNTAR: Keluarga Ng merupakan satu-satunya keluarga Cina di di Kampung Tebuk Haji Musa, di sini, sebuah perkampungan dengan 3,000 penduduk Muslim.

"Tidak ada masalah langsung. Saya sudah tinggal di sini selama beberapa dekad. Mereka datang ke rumah saya pada Tahun Baru Cina dan kami akan ke rumah mereka pada Hari Raya.

"Ada kenduri, kami campur Sekali. Biasa lah!," kata ketua kepada keluarga besar Ng, Air Chin, 61, yang lebih dikenali sebagai Ah Khaw di kampungnya.

Cara dan budaya Melayu pula menjadi kebiasaan buat keluarga ini.

Pada Ahad lalu, anak perempuannya yang berusia 28 tahun, Siau Hooi, berkahwin dengan pekerja kilang Lim Choon Yong, 37, mengikut adat dan buadaya Melayu.

Anaknya yang berkerja sebagai akauntan itu adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Pengantin perempuan dan pengantin lelaki telah mengenakan persalinan indah busana pengantin Melayu untuk perkahwinan mereka.

"Kami memutuskan untuk menggambarkan persahabatan keluarga kami dengan jiran tetangga dengan mengadakan majlis perkahwinan mengikut tradisi masyarakat Melayu.

"Kebanyakan penduduk kampung, kira-kira 2,000 orang hadir ke majlis perkahwinan ini. Keluarga pengantin lelaki juga menyokong perkahwinan dengan gaya Melayu.

"Ketika dua abang Siau Hooi mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tahun 2007 dan 2010, mereka juga berkahwin cara Melayu, bersanding dan sebagainya.

"Jiran saya membantu dalam apa sahaja yang mereka boleh. Kami bergotong-royong," kata Ah Khaw.

Berita Harian pada Isnin mengetengahkan kisah perkahwinan pasangan itu dan melaporkan bagaimana jiran-jirannya menghulurkan bantuan - daripada membantu dari segi pakaian pengantin sehinggalah memasak hidangan lazat.

Ah Kaw berkata keluarganya akan mengadakan majlis makan malam perkahwinan Cina pada Rabu di restoran berdekatan sebelum Siau Hooi kembali ke Singapura, di mana suaminya bekerja.

Siau Hooi berkata dia bangga memakai pakaian pengantin Melayu.

"Ia adalah memori bernilai sepanjang hayat untuk suami dan diri saya sendiri.

"Saya masuk ke sekolah rendah dan menengah Cina tetapi membesar dengan jiran-jiran Melayu," kata Siau Hooi.

"Kami sangat rapat antara satu sama lain," katanya.
adat Melayu , budaya Melayu , keluarga Cina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain