suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih Ada Kawasan IPU Sangat Tak Sihat

KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 'sangat tidak sihat' dengan Shah Alam paling tinggi iaitu 299.

Sehingga pukul 8 pagi Ahad, portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam lagi kawasan dengan situasi sangat tidak sihat adalah Batu Muda (278), Petaling Jaya (250), Banting (244), Pelabuhan Klang (234), Putrajaya (231) dan Seremban (202).

Sebanyak 24 lagi kawasan dengan bacaan IPU tak sihat adalah  Nilai (198) diikuti Port Dickson (191), Cheras (182), Bukit Rambai (179), Bandaraya Melaka (174) dand SK Jalan Pegoh (171).

Kawasan lain termasuk Kuala Selangor (167), Seberang Jaya 2 (162), USM (159), Jalan Tasek (153) dan Muar (146). 

Selain itu, ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di sekitar perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South dijangka berterusan sehingga Isnin.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai sistem navigasi pelayaran, menurut Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini, Ahad.

Kawasan lain yang turut menghadapi masalah ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Sarawak.



IPU, ketampakan, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain