suria

Mahkamah Tinggi Tetapkan 13 Oktober Pendengaran Habeas Corpus Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 13 Oktober untuk mendengar permohonan habeas corpus bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan untuk mencabar penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan peguam Khairuddin Hanif Khatri Abdulla.

Terdahulu pada Jumaat, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah memohon selama sebulan untuk penyediaan afidavit oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kerana beliau kini berada di luar negara.

Beliau berkata Zeti perlu mengesahkan kenyataannya yang dibuat pada 22 September.

Hanif bagaimanapun menjawab bahawa anak guamnya ditahan selama 28 hari sehingga 21 Oktober dan jika mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan ia akan menjadi akademik.

Hakim Kamardin juga membenarkan empat responden dimasukkan ke dalam afidavit mereka sebelum 9 Oktober.

Pada 28 September, Khairuddin memfailkan permohonan habeas corpus mendakwa penahanannya di bawah Sosma 2012 tidak sah dan batal.

Beliau menamakan Timbalan Ketua Polis Dang Wangi  Superintendan Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan sebagai responden.

Khairuddin mendakwa bahawa perintah tahanan bertarikh 24 September yang dikeluarkan oleh Habibi dan dilaksanakan di bawah pengawasan Ketua Polis Daerah Dang Wangi adalah batal dan tidak sah.

Pemohon juga memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah pembebasannya dengan segera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

RoS Iktiraf Parti Amanah Negara

Artikel Lain