suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RoS Iktiraf Parti Amanah Negara

Mat Sabu
GEORGE TOWN: Parti Amanah Negara (PAN) diiktiraf secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata Presiden parti Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Komtar pada Jumaat berkata RoS telah meluluskan permohonan untuk menukar nama Parti Pekerja Malaysia kepada PAN.

"Kami baru sahaja menerima berita baik hari ini. Oleh itu, kini secara rasminya PAN adalah sebuah parti rasmi," kata Mohamad Sabu.

Katanya, beliau juga yakin bahawa RoS juga akan meluluskan permohonan PAN untuk menggantikan gelaran 'Pengerusi' dengan gelaran 'presiden'.
PAN, RoS, Mat Sabu

Artikel Lain