suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Remaja Lemas Terjatuh Bot Nelayan Ditemui

ALOR SETAR: Mayat remaja lelaki yang lemas selepas terjatuh dari bot nelayan berhampiran Pulau Songsong dan Pulau Bunting di Yan Rabu lepas, ditemui pagi Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata mayat Khairul Azimi Dillah, 17, ditemui pada 9.15 pagi oleh nelayan, tiga batu nautika dari Pulau Songsong.

"Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Sungai Udang, dekat sini menggunakan bot Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berikutan keadaan air laut surut," katanya kepada Bernama Jumaat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan tujuan bedah siasat, menurutnya.

Artikel Lain