suria

Jabatan Kesihatan Kedah Terima 18 Laporan Digigit Anjing

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah menerima 18 laporan kes digigit anjing sejak pengisytiharan wabak penyakit anjing gila pada 17 September lalu.

Pengarah jabatan itu Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, sehingga 20 September lalu, pihaknya menerima 18 laporan kes digigit anjing.

"Daerah Kota Setar merekodkan dua kes, Kuala Muda (3), Kulim (3), Kubang Pasu (6) dan Padang Terap (1), Bandar Baharu (1) dan Langkawi (2).

"Jabatan ini turut mengesahkan sepanjang tempoh itu di Kedah, 18 insiden digigit anjing daripada 17 ekor anjing dilaporkan.

"Dua kes digigit anjing yang positif penyakit anjing gila dilaporkan melibatkan pasangan suami isteri dari daerah Kota Setar.

"Sehingga 22 September lalu, tiada kes penyakit anjing gila dalam kalangan manusia dilaporkan," katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan itu untuk mencegah dan mengawal wabak penyakit tersebut.

"Mereka yang digigit anjing, sama ada dari anjing peliharaan atau anjing liar, perlu mendapatkan rawatan segera," kata Norhizan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain