suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Mufti Kedah Meninggal Dunia

Tan Sri Sheikh Abdul Majid Mohd Noor
ALOR SETAR: Bekas Mufti Negeri Kedah, Tan Sri Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, 92, meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat di Menara Zakat Kedah di sini Isnin.

Allahyarham merupakan Anggota Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau meninggalkan isteri Puan Sri Khatijah Ahmad, 87, sembilan orang anak, 40 orang cucu dan 20 orang cicit.

Kami sekeluarga terkejut dengan pemergiannya kerana beliau masih kuat dan masih boleh menghadiri mesyuarat. Bagaimanapun kami reda," kata anak ketujuh Allahyarham, Nabil, 54, kepada pemberita di Kampung Seberang Pantai Johor dekat sini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Halim Shah, Seberang Pantai Johor selepas solat Asar.

Artikel Lain