suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Bukti PM Mainkan Peranan Dalam Kes Bunuh Altantuya - Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Bukti yang dikumpulkan dalam proses perundangan komprehensif langsung tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan sebarang peranan dalam kes bunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Dalam kenyataan pada Selasa, Mohamed Apandi berkata tiada pada bila-bila masa semasa proses perundangan komprehensif itu nama Perdana Menteri ada disebut dan dipersalahkan dalam apa-apa cara.

Beliau menjawab tuduhan dilemparkan oleh "pihak dan individu tertentu dalam media cetak dan elektronik" yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes bunuh Altantuya.    

Mohamed Apandi berkata: "Kaitan paling kecil yang ada hanyalah Abdul Razak Abdullah aka Razak Baginda meminta bantuan daripada aide-de-camp atau pengawal peribadi Perdana Menteri ketika itu DSP Musa Safri, untuk mendapatkan seorang pegawai polis bagi membantunya berhubung perkara peribadi.

"DSP Musa kemudiannya telah meminta seorang daripada tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri, untuk berjumpa Razak Baginda.

"Oleh itu, cubaan oleh pihak dan individu yang disebut di atas untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan kes bunuh itu adalah benar-benar tidak berasas".

Mohamed Apandi juga berkata Azilah telah memberikan keterangan bahawa DSP Musa tidak memainkan peranan lain atau memberikan sebarang arahan berhubung perkara itu.

Beliau berkata DSP Musa juga telah ditawarkan kepada pihak pembelaan sebagai saksi.

Beliau menegaskan perbicaraan kes bunuh Altantuya dijalankan secara komprehensif dan semua saksi relevan telah dipanggil memberi keterangan.

"Setiap bukti dan keterangan saksi-saksi juga telah diteliti dengan mendalam oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," kata Peguam Negara.

Katanya seorang lagi tertuduh L/Koperal Sirul Azhar Umar, dalam kenyataannya dari dalam kandang tertuduh juga tidak mengaitkan orang lain dan hanya membabitkan Razak Baginda sahaja dan sepanjang episod itu beliau bertindak atas arahan Azilah.

Mohamed Apandi juga berkata penyiasat persendirian, mendiang P.Balasubramaniam, juga tidak pernah menyebut tentang sebarang peranan dimainkan oleh Perdana Menteri, sama ada dalam kenyataannya kepada polis atau dalam keterangannya di mahkamah.

Artikel Lain