suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Plaza Low Yat Beroperasi Seperti Biasa Pada Rabu

Anggota polis turut membuat rondaan di sekitar Plaza Low Yat pada petang Selasa. Foto: AZHAR MAHFOF/The star

KUALA LUMPUR: Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Plaza Low Yat, Gary Low mengesahkan perniagaan akan beroperasi seperti biasa pada Rabu.

Operasi perniagaan juga berjalan lancar pada petang Selasa walaupun satu perhimpunan akan diadakan pada Rabu.

Pada pukul 5 petang ini, tidak kelihatan sebarang tanda 'baju merah' di Bukit Bintang, malah pusat membeli-belah di situ beroperasi seperti hari-hari biasa.

Begitu juga di sekitar Plaza Low Yat, Sungai Wang Plaza, Fahrenheit 88 dan  Pavilion yang tidak kelihatan sebarang tanda perhimpunan.

"Kami mempunyai anggota keselamatan yang mencukupi dan turut meminta bantuan daripada pihak berkuasa tempatan.

"Kami akan terus memantau operasi dengan lebih dekat lagi pada Rabu," katanya ketika dihubungi.

Pada Isnin, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menjelaskan bahawa 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dianjurkan itu bakal dijalankan secara aman dan tidak akan menimbulkan apa-apa provokasi perkauman.

Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata mereka telah menerima permit daripada pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan perhimpunan tersebut dan akan mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tarif Air Perlu Dinaikkan - KeTTHA

Artikel Lain