suria

Pembantu Juruterbang TLDM Maut Dalam Kemalangan

MELAKA: Seorang pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan di Km 204.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh di sini, Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata mangsa Kapten Wan Mohd Syafiq Arief Zolkifli, 27, dari Kem Kementah, Kuala Lumpur mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di Hospital Melaka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 10.45 malam tadi, motosikal ditunggangi mangsa yang menuju arah selatan dihimpit sebuah bas ekspres yang terbabas selepas sebuah kereta secara tiba-tiba masuk ke laluan bas berkenaan.

"Pemandu bas berkenaan cuba mengelak dan hilang kawalan sebelum terbabas kemudian melanggar pembahagi jalan. Pada masa sama motosikal yang ditunggangi mangsa di lorong kanan dihimpit bas tersebut sebelum terjatuh," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Beliau berkata pemandu serta enam penumpang di dalam bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Muhammad Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Lain