suria

Malaysia Dipilih Naib Presiden Pada Perhimpunan Agung UNWTO Ke-21

KUALA LUMPUR: Malaysia secara rasmi dipilih sebagai Naib Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNWTO) ke-21 di Medellin, Colombia pada Isnin.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kali terakhir Malaysia menyandang jawatan itu ialah 20 tahun lepas.

UNWTO adalah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab untuk promosi pelancongan, pelancongan mampan dan mudah diakses yang menggalakkan pelancongan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan inklusif dan kelestarian alam sekitar serta menawarkan kepimpinan dan sokongan kepada sektor itu ke arah memajukan dasar pengetahuan dan pelancongan di seluruh dunia.   

Anggotanya terdiri daripada 156 negara, enam anggota bersekutu dan lebih 450 anggota gabungan mewakili sektor swasta, institusi pendidikan, persatuan pelancongan dan pihak berkuasa pelancongan tempatan.

UNWTO, Colombia, Malaysia

Artikel Lain