suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wisma Putra Kesan Rakyat Malaysia Terlibat Bersih 4.0 Di Luar Negara

Reezal Merican Naina Merican

KEPALA BATAS: Kementerian Luar akan mengesan dan mengenal pasti rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 4.0di luar negara.  

Menyatakan demikian, Timbalan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, segala maklumat mengenai mereka yang terlibat akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan di negara ini untuk tindakan sewajarnya. 

"Segala hasil pemerhatian kita akan disalurkan kepada agensi berkenaan, dan terpulang kepada mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. 

"Sebagai contoh jika mereka yang terlibat merupakan pelajar tajaan Mara kita akan rujuk kepada Mara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak, pad Sabtu.  

Ditanya sama ada pihaknya sudah mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang terlibat, Reezal Merican berkata pihak berkenaan masih menjalankan siasatan.  

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Kepala Batas itu menasihatkan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan haram di luar negara agar berhati-hatidan mematuhi undang-undang negara terbabit. 

Beliau berkata sesetengah negara tidak mahu masalah politik negara lain dibawa (melalui perhimpunan) ke negara mereka. 

"Singapura, misalnya, tidak membenarkan hal sedemikian," katanya.

Wisma Putra, Bersih 4.0

Artikel Sebelum

Artikel Lain