suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuaca Kering, Jerebu Diramal Berakhir Oktober - Wan Junaidi

PUTRAJAYA: Cuaca kering dan berjerebu yang melanda negara sekarang diramal berakhir dengan bermulanya musim peralihan monsun Oktober depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan bahawa negara kini masih dalam fasa Monsun Barat Daya dan ia dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini (September)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, fenomena El-Nino sederhana yang sedang berlaku dalam negara ketika ini dijangka berterusan sehingga awal tahun 2016.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain kemarau berpanjangan.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata 3,218 kes pembakaran terbuka dikesan di seluruh negara sehingga 3 Sept lalu membabitkan kawasan hutan (574); kawasan pertanian (1,154); kawasan industri (19); kawasan pembinaan (62); tapak pelupusan sampah (91); kawasan belukar (622) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (696).

Katanya untuk tempoh sama, 212 kes pembakaran terbuka dikenakan tindakan kompaun, 15 diberi notis arahan; 41 diberi surat arahan, manakala kertas siasatan bagi tindakan mahkamah telah disiapkan untuk 18 kes.

"Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja," katanya.

Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap  kesalahan.-- Bernama


Artikel Lain