suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silibus Anti Rasuah Dilaksanakan Di Sekolah Pada Tahun Depan

PUTRAJAYA: Silibus berkaitan anti rasuah dan langkah-langkah meningkatkan nilai intergriti sedia untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara ini bermula awal tahun depan.

Pengarah Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA) bagi memerangi Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Ravindran Devagunam berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan usaha yang diterajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama ini.

"Kami mempunyai sekretariat yang ditubuhkan di sekolah rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi.

"Jadi saya fikir silibus tersebut sedia untuk dilaksanakan bermula awal tahun depan," katanya.

Beliau berkata silibus tersebut penting dalam memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai perjuangan menentang rasuah dan kepentingan nilai integriti dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

"Walaupun rasuah berskala besar menjadi isu utama tapi ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran anak-anak mengenainya.

"Oleh itu, kami sedang berusaha untuk melaksanakan silibus tersebut dengan mengambil contoh sistem pendidikan di Jepun," katanya.

IACC, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain