suria

Bot Karam: Sekumpulan Warga Indonesia Berkumpul Untuk Kenal Pasti Mayat

Mayat warga Indonesia yang lemas di Sabak Bernam, dibawa dengan kenderaan polis ke bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Khamis. -foto THE STAR
IPOH: Sekumpulan warga Indonesia berkumpul di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mengenal pasti mayat yang dibawa dari perairan Sabak Bernam selepas sebuah bot yang membawa lebih 70 pendatang tanpa izin tenggelam pada Khamis.

Salah seorang daripada mereka yang tidak mahu namanya disiarkan berkata dia dan yang lain mendapat tahu mengenai kejadian itu melalui laporan berita televisyen.

"Kami dengar beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan telah dihantar ke sini. Kami datang, untuk mengetahui sama ada terdapat sesiapa yang kami kenal ada di sini," katanya.

Lebih daripada 40 orang penumpang masih hilang.

Mayat 15 penumpang telah ditemui manakala nelayan menyelamatkan 19 yang lain.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula hari ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain