suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM Bakal Jadi Kenyataan

PUTRAJAYA: Selepas beberapa tahun diperdebatkan dan diperjuangkan, akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mempunyai suruhanjaya perkhidmatannya sendiri.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan ketika ditemui pada persidangan IACC di sini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh khusus suruhanjaya itu akan berfungsi.

"Itu cabarannya. SPRM akan diperkukuhkan menerusi sebuah suruhanjaya perkhidmatan bebas yang berasingan," katanya ringkas ketika ditanya mengenai tarikh pelaksanaan suruhanjaya itu.

Jelas beliau, kejayaan dalam melaksanakan sistem integriti di dalam negara ini memerlukan penubuhan sebuah institusi kukuh yang benar-benar bebas daripada kuasa eksekutif kerajaan.

Justeru katanya, penubuhan suruhanjaya perkhidmatan SPRM itu penting dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan profesionalisme di kalangan kakitangan suruhanjaya berkenaan.

"Ia membolehkan SPRM meningkatkan keupayaan dan profesionalisme di kalangan kakitangannya dan bertindak mengawal terma dan syarat pekerjaan mereka," katanya.

Dengan penubuhan suruhanjaya perkhidmatan itu, Low berkata, pelantikan dan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM juga perlu dibuat dengan lebih selamat.

Sementara itu, katanya, peranan Pejabat Ketua Audit Negara turut akan diperkukuhkan dalam usaha kerajaan untuk melindungi kesucian dan kebebasan institusi awam itu.

"Pejabat Ketua Audit juga akan mengemukakan laporan kepada jawatankuasa khas bi-partisan di Parlimen. Kuasa dan skop audit juga akan diperluaskan," katanya.


SPRM, suruhanjaya perkhidmatan, IACC

Artikel Lain