suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100,946 Peminjam Tekun Gagal Bayar Balik Pinjaman RM675 Juta

KUALA LUMPUR: Seramai 100,946 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) gagal membayar semula pinjaman mereka yang berjumlah RM675 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Baharom Embi berkata peminjam perlu membayar semula pinjaman tersebut walaupun tidak dituntut agensi itu.

"Pelbagai langkah telah diambil, namun mereka masih enggan membayar balik pinjaman itu dan keadaan ini menjejaskan peluang usahawan lain untuk mendapatkan pinjaman.

"Terdapat peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman walaupun perniagaan mereka berkembang maju," katanya dalam kenyataan, Rabu.

Baharom berkata, peminjam perlu hadir di pejabat cawangan Tekun Nasional yang berhampiran bagi memperbaiki prestasi pembayaran balik pinjaman mereka.

Tekun Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan membantu golongan peniaga kecil memula dan mengembangkan perniagaan sedia ada.

Setakat ini, pembiayaan Tekun Nasional diberikan kepada semua jenis perniagaan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.-- Bernama

Tekun, Baharom Embi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain