suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lester Gesa Polis Siasat Dana Sarawak Report

Lester Melanyi
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin pada Selasa menggesa polis menyiasat segera beberapa individu yang didakwa terlibat dalam cubaan menjatuhkan kerajaan.

Penasihat Undang-undang pertubuhan itu Zakwan Hafiz Ansari berkata pihaknya telah menyerahkan kepada polis maklumat dalam bentuk dokumen dan rakaman percakapan melalui e-mel berhubung perkara itu.

"Jadi sekarang kita mahu polis buat siasatan berkaitan segala dokumen...lebih 1,000 e-mel telah kami serahkan.

"Yang agak mengecewakan kami adalah siasatan polis tentang laporan yang dibuat oleh Lester (bekas editor akhbar Sarawak Tribune, Lester Melanyi) adalah lemah," katanya kepada pemberita di sini.

Bercakap bagi pihak Lester yang mempunyai masalah kesihatan, Zakwan Hafiz juga mahu polis menyiasat individu yang didakwa membiayai portal berita Sarawak Report.

Turut hadir Lester Melanyi dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao.

Artikel Sebelum

Artikel Lain