suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia-Perancis Tidak Bincang Pembelian Kapal Pengangkut Helikopter Mistral - Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mengadakan perbincangan dengan Perancis mengenai pembelian sebuah kapal pengangkut helikopter Mistral dalam pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Perancis Jean-Yves Le Drian pada Selasa.

Perkara sama juga tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatan beliau itu.

Hishammuddin menyatakan perkara itu dalam respons beliau melalui twitter kepada @WanKhairilAmmar yang mengemukakan soalan: "H2O are we purchasing 3 billion warship sir?" (H2O adakah kita akan membeli kapal perang 3 bilion, Tuan?)

Hishammuddin juga merujuk kepada jawapan Le Drian terhadap soalan serupa pada satu sidang akhbar bahawa perkara itu "langsung tidak dibincangkan atau ditimbulkan".

Sementara itu, dalam lawatan sehari beliau ke sini, Le Drian mengetuai beberapa wakil industri pertahanan Perancis melakukan kunjungan hormat terhadap Najib di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau kemudian menghadiri mesyuarat perprofil tinggi dengan Hishammuddin di Wisma Pertahanan di sini dengan kedua-dua menteri itu bersetuju bekerjasama untuk meluaskan perkongsian maklumat risikan bagi menentang ancaman militan IS yang semakin meningkat, terutama di Perairan Sulu.

Artikel Lain