suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Ditemui Mati Dalam Parit

BINTANGOR: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin, ditemui mati dipercayai lemas di dalam parit di Km 8 Jalan Kelupu di sini lewat petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Kiew Chong Hock, 62, ditemui oleh orang awam yang kebetulan memancing ikan di lokasi tersebut, sekitar 5.52 petang dan kemudian memaklumkan kepada polis.

Beliau terlibat dalam kemalangan kendiri apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Bintangor DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

Bentagor, Warga Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain