suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Mabuk, Kelar Isteri Ditahan

ALOR SETAR: Suri rumah berusia 27 tahun cedera parah akibat dikelar suaminya yang mengamuk, dipercayai kerana mengambil dadah berlebihan.

Syafinar Gozali kini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini selepas mengalami kecederaan serius pada tangan kanan.

Difahamkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang, Selasa di Kampung Kubang Pisang, Kubur Panjang di Pendang dekat sini.

Dalam keadaan mabuk, lelaki berusia 30an itu dipercayai mengurung isterinya dalam bilik di rumah mereka sambil memegang parang.

Wanita berkenaan bagaimanapun dikelar ketika cuba melarikan diri.

Lelaki itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut.



Artikel Lain