suria

Wisma Putra Sahkan Dua Lagi Warga Malaysia Maut Di Thailand

PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan bahawa terdapat dua lagi wargaa Malalysia telah terkorban dalam insiden letupan bom di Daerah Ratchaprasong, Thailand pada Isnin lalu.

Pengesahan itu menjadikan jumlah mangsa melibatkan wargaa Malaysia yang terkorban sehingga kini adalah seramai empat orang. Dua rakyat Malaysia tersebut adalah Lee Tze Siang dan anaknya, Lee Jing Xuan.

Kedua-dua mayat berkenaan kini ditempatkan di Police General Hospital dan Hospital Chulalongkorn Bangkok, bagi urusan bedah siasat.

"Seorang lagi wargan Malaysia, Neoh Hock Guan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Police General Hospital. Ini menjadikan bilangan mangsa warga laysia yang tercedera kini meningkat kepada tiga orang," katanya dalam satu kenyataan.

Bilik Gerakan Insiden Letupan di Bangkok kini telah dibuka dan boleh dihubungi di talian seperti berikut:

Hari Bekerja: 8 pagi hingga 8 malam: +662-629 6800 dan +6687 028 4659 +6687 028 4659 (selepas jam 8 malam)

Hari Minggu: 9 pagi hingga 5 petang: +662-629 6800 dan +6687 028 4659 +6687 028 4659 (selepas jam 5 petang)

Kementerian Luar, Thailand

Artikel Lain