suria

Seluruh Kepimpinan PAS Kota Raja Sertai GHB

KLANG: PAS Kawasan Kota Raja lumpuh selepas semua barisan kepimpinannya mengumumkan peletakan jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.

Langkah berkenaan diketuai Yang Dipertua PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin; Timbalan YDP, Norhalim Sirom dan Naib YDP, Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut mengikut jejak langkah 14 AJK PAS Kota Raja ialah sembilan ketua cawangan dan AJK cawangan masing-masing.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian bagi menyertai parti baharu yang dipelopori Gerakan Harapan Baharu (GHB).

"Kami menyahut saranan atau arahan pimpinan agar semua ahli yang hendak bergerak atas wadah baharu perlu meletak jawatan.

"Dengan rasa penuh tanggungjawab kami merasakan peletakan ini adalah untuk memudahkan ahli AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas atau aktiviti di Kawasan Kota Raja," kata Jaafar pada sidang media di sini, Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain