suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Tentukan Nasib Ahlinya Terlibat GHB 11 September Ini

KOTA BARU: Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 September ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Badan Perhubungan PAS negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara itu pada mesyuarat itu nanti.

"PAS Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada bukti untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Mohd Amar berkata empat tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti.-- Bernama

GHB, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain