suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Maslan Dakwa 'Diboo' Orang Luar Pontian

PETALING JAYA: Susulan insiden diejek ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pontian pada Ahad lalu, Datuk Ahmad Maslan mendakwa ia dilakukan 'orang luar' kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Penerangan Umno itu, beliau menyedari diejek dengan sorakan 'boo' ketika Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan.

"Ketika berucap, Tan Sri Muhyiddin sebut tahniah kepada saya sebab dilantik jadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau betulkan kepada timbalan menteri.

"Pada ketika itu terdengar sorakan hadirin dan ada orang yang 'boo' saya. Maklum balas yang saya terima bahawa 'boo' itu dimulakan oleh dua orang hadirin dari luar Pontian yang bukan perwakilan," katanya menerusi posting terbaharu di blog www.ahmadmaslan.my pada Rabu.

Mengulas lanjut Ahmad berkata insiden 'boo' berkenaan bukan kayu ukur terhadap penolakan terhadapnya oleh perwakilan Umno Bahagian Pontian.

"Perlu juga dikongsi di sini bahawa lepas perasmian itu ada pengundian untuk tujuh perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno. Setiausaha sulit dan pegawai khas saya yang turut bertanding menang dengan mendapat undi ke-2 dan ke-3 tertinggi daripada 15 calon yg bertanding.

"Jika perwakilan Pontian tidak suka saya, logiknya dua orang pembantu saya itu juga telah ditolak oleh perwakilan," katanya.

Ahmad Maslan

Artikel Sebelum

Artikel Lain