suria

Kesederhanaan Satu Keperluan Moral Di Malaysia - Dr Shad

PETALING JAYA: Kesederhanaan amat penting dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, kata profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

"Kesederhanaan adalah moral penting dalam masyarakat pelbagai budaya. Ia adalah cara pemikiran yang wajar dan kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di dalam dunia tanpa sempadan global," katanya.

Bercakap di forum awam bertajuk “Towards a Just and Pluralistic Society: The Way Forward”, beliau berkata kesederhanaan adalah perasaan kebencian terhadap keganasan.

"Kesederhanaan menggalakkan hubungan sosial dan menolak kebencian, niat jahat dan prejudis terhadap kaum lain," kata Profesor Emaritus UiTM itu pada malam Isnin.

Penceramah kedua forum, bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata masa depan Malaysia bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang ditegakkan.

"Perlembagaan menyediakan satu pelan tindakan untuk negara Malaysia yang majmuk. Mari kita kembali ke tahun 1957," kata Leong.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia untuk mengkaji semula pemikiran pengasas negara yang sentiasa berpandangan ke hadapan.

"Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963, sebahagian Perlembagaan dipinda untuk mencerminkan kesatuan," kata Leong.

Beliau mengambil contoh Artikel 8(1) dengan menyatakan ia melarang diskriminasi atas dasar agama, bangsa dan jantina.

kesederhanaan, Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain