suria

MH370: Bapa Penumpang Tunggu Hasil Siasatan Penuh Penemuan Flaperon

GEORGE TOWN: Guan Kak Hueng, bapa kepada seorang mangsa  pesawat MH370 yang hilang mahu menunggu hasil muktamad daripada penemuan flaperon di Pulau Reunion yang disahkan merupakan serpihan pesawat tersebut.

"Saya harap pihak kerajaan dapat membuat siasatan dengan lebih terperinci untuk mencari kebenaran apa yang berlaku dengan pesawat itu sebelum ia terhempas," kata bapa kepada Guan Hua Jin, 34, yang mengaku terkejut dengan berita penemuan itu.

Beliau berkata beliau akan sentiasa membaca akhbar dan menonton berita untuk mendapat maklumat terbaharu mengenai pesawat berkenaan.

Pembaik jam berumur 70 tahun ini tetap mahu melihat anak perempuannya itu.

"Jika seseorang itu hidup kita perlu lihat untuk buktikan dirinya masih bernyawa. Jika mati, kita perlu lihat mayatnya," katanya kepada Bernama di Bukit Gedung sini.

Guan berkata beliau menyerahkan segala urusan seterusnya mengenai anak perempuan keduanya itu kepada menantunya yang kini menetap di Kuala Lumpur bersama dua orang cucunya.

Hua Jin menaiki pesawat tersebut untuk ke Beijing bagi menyertai kursus selama tiga minggu yang diaturkan syarikatnya.

MH370: Flaperon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain