suria

KPDNKK Perlu Jadi Kementerian Prihatin - Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu menjadi kementerian yang prihatin untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat, kata Menterinya Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata warga kementerian itu mesti menentukan bahawa matlamat itu boleh dicapai dengan menjadikan kesemua 30 juta pengguna di negara ini sebagai pihak berkepentingan kepada kementerian.

"Tentukan pengguna akan merasakan segala yang ditentukan oleh kementerian adalah demi kepentingan bersama pengguna," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas jawatan oleh bekas menteri kementerian itu Datuk Seri Hasan Malek kepada beliau di sini, Khamis.

Beliau berkata cabaran terbesar yang perlu ditangani oleh warga KPDNKK ialah persepsi negatif masyarakat terutama di media sosial.

"Ini kerana apa sahaja yang kita buat, walaupun baik tetapi kebaikannya tidak diketengahkan. Apa yang selalu diperkatakan adalah yang negatif sahaja," katanya.

Hamzah turut memuji Hasan yang begitu komited dalam menjalankan tugas dan masih mengingatkannya mengenai beberapa isu yang belum diselesaikan oleh KPDNKK, walaupun tidak lagi menerajui kementerian itu.

KPDNKK, GST

Artikel Lain