suria

MH370: Australia Mahu Terus Ketuai Usaha Pencarian - Tony Abbott

KUALA LUMPUR: Australia dilapor akan terus mengetuai usaha untuk mencari pesawat MH370 yang hilang berikutan pengesahan bahawa  serpihan yang hanyut ke sebuah pulau di Lautan Hindi merupakan sebahagian dari sayapnya.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata pencarian mesti diteruskan dan penemuan serpihan itu menunjukkan bahawa pesawat tersebut terhempas hampir dengan kawasan yang difikirkan sebelum ini.

"Apa yang telah kita temukan di Lautan Hindi Barat menunjukkan pesawat itu telah terjatuh pada lebih kurang di mana yang telah kita fikirkan ia berlaku dan ini memberitahu buat pertama kali bahawa kita mungkin sudah semakin hampir untuk menyelesaikan misteri yang membingungkan ini," katanya yang dipetik akhbar harian The Age menerusi versi dalam taliannya pada Khamis.

The Age turut memuat laporan bahawa Australia telah membelanjakan lebih 100 juta dolar Australia (A$1=RM2.85) ke atas misi pencarian setakat ini.

"Saya percaya ia adalah bersesuaian kerana bukan sahaja terdapat enam orang rakyat Australia di dalam pesawat tersebut, tetapi jutaan rakyat Australia atau hampir setiap orang rakyat Australia yang pada sesetengah masa mengembara menerusi udara," kata Abbott.

"Kita juga terhutang budi dengan jutaan orang yang menggunakan ruang langit bagi memastikan perjalanan mereka berada dalam keadaan selamat, yang turut cuba merungkai misteri dahsyat ini," tambahnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengesahkan bahawa bahagian sayap Boeing 777 yang ditemukan di Pulau Reunion adalah daripada pesawat MH370.

Sementara itu Timbalan kepada Abbott, Warren Truss dilapor sebagai berkata Australia menghormati pengesahan kerajaan Malaysia itu namun berkata "masih terdapat elemen keraguan yang sangat kecil" bahawa bangkai itu bukan dari MH370.

Beliau berkata bangkai tersebut berada di dalam air sudah terlalu lama untuk para pakar mengunakannya sebagai sasaran tepat untuk menyatakan di mana ia terlerai daripada pesawat dan bagaimana ia terapung menuju ke arah yang ia ditemukan.

"Ia tidak memberi sebarang butiran sebenar mengenai di mana kita perlu mencari (pesawat), kata Truss.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing hilang pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Australia, Lautan Hindi, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain