suria

MH370: Australia Harap Lebih Banyak Penemuan Bangkai Pesawat

KUALA LUMPUR: Australia menaruh harapan bahawa penemuan serpihan sayap di Pulau Reunion yang disahkan milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370 itu akan menjurus kepada kepada penemuan lebih banyak bangkai pesawat berkenaan yang hilang pada 8 Mac tahun lepas.

Menteri Luar Australia Julie Bishop ketika membuat kenyataan ini berkata negaranya akan terus mengetuai usaha mencari pesawat penerbangan Malaysia itu di Selatan Lautan Hindi.

"Kami difahamkan bahawa serpihan bangkai yang terdapat di Pulau Reunion itu merupakan sebahagian daripada MH370 walaupun pasukan siasatan yang diketuai Perancis masih menjalankan analisis dan penyiasatan.

"Kami percaya bahawa ini merupakan permulaan untuk mengesan keseluruhan pesawat berkenaan," katanya kepada pemberita di luar Mesyuarat Berkaitan ASEAN di sini, Khamis.

Pada awal hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa serpihan sayap yang dijumpai itu, sememangnya adalah daripada MH370, sekali gus mengesahkan bahawa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines dengan 239 penumpang dan anak kapal termasuk enam warga Australia itu, telah terhempas.

MH370, MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain