suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tak Pernah Henti Siasat Isu SRC International

PETALING JAYA: Siasatan ke atas SRC International dan penyaluran dana RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penjelasan itu dibuat suruhanjaya itu kerana mendapati umum masih keliru berhubung proses siasatan yang dijalankan pihaknya.

“SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International ataupun mengenai dana RM2.6 bilion."

"Siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM.

"Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup," kata kenyataan yang dikeluarkan SPRM, Rabu.

Selain itu, tambah suruhanjaya itu, siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International adalah dua perkara yang berbeza.


Artikel Lain