suria

Polis Geledah Pejabat Bahagian Operasi Khas SPRM

Pasukan polis menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas SPRM di Menara Prisma, Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA: Polis menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu.

Tindakan itu bermula pada pukul 6.45 petang di pejabat bahagian itu di Menara Prisma di sini selepas polis selesai menyoal siasat Timbalan Pengarah bahagian itu, Datuk Tan Kang Sai.

Kang Sai dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan berlaku kebocoran maklumat siasatan kes 1MDB.

Kang Sai adalah pegawai SPRM ketujuh yang dipanggil untuk  keterangannya direkod di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Pada Selasa, dua pegawai SPRM juga dari bahagian sama telah memberi keterangan mereka sebaik tiba di IPD berkenaan pada pukul 5 petang.

Sementara itu, pada Isnin malam pula, keterangan Tuan Roslan Tuan Mat yang juga pegawai bahagian Operasi Khas direkod.

Artikel Lain