suria

1MDB: Pengguna Media Sosial Diperdaya Mengenai Sumber Dana RM2.6 bilion

PETALING JAYA: Pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan berita 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperdaya pihak tertentu, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Terdahulu, Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dalam Twitternya memaklumkan mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri adalah sumbangan penderma dan bukannya dana milik 1MDB.

"SPRM mengesahkan RM2.6B adalah sumbangan penderma. Malangnya ramai pengguna di Twitter ditipu WSJ, Sarawak Report dan pembangkang yang mendakwa PM mengambil duit 1MDB dan rakyat," katanya menerusi Twitter di akaun @mpkotabelud pada malam Isnin.

Menurut SPRM, semasa kewujudan pasukan petugas khas berkaitan 1MDB, siasatannya hanya fokus kepada isu berkaitan anak syarikat 1MDB, SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM kini sedang meneruskan siasatan terhadap SRC International membabitkan dana sebanyak RM4 bilion.

1MDB, Abdul Rahman Dahlan, Twitter

Artikel Lain