suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Pertingkat Pasukan Siber Lawan Persepsi Negatif

Datuk Rosni Zahari
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Umno sedang memperkukuh pasukan penulis blognya bagi menangkis segala persepsi negatif yang dilemparkan pihak pembangkang kepada parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari berkata pergerakan itu mempunyai Biro Media Sosial yang bertanggungjawab memperkukuh pasukan penulis blog pergerakan berkenaan bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan tugasnya.

"Kita akan mempertahankan kritikan (negatif) terhadap Umno dan kerajaan melalui media sosial. Memandangkan pihak pembangkang menggunakan banyak blog, kita pun ada blog kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Sepanggar di sini Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Umno Sepanggar yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Rosni berkata selain media sosial, Wanita UMNO turut menggunakan platform Program Jalinan Rakyat (JR) iaitu bersemuka dengan anggota parti dan masyarakat di peringkat akar umbi agar mereka tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Menurut Rosni, jentera pergerakan juga sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini berhubung segala isu bagi memudahkan mereka memberi penjelasan yang tepat dan benar kepada masyarakat.

Artikel Lain