suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Sekat Media Sosial, Zahid Arah Siasatan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa beliau akan menutup media sosial.

"Saya telah meminta pihak polis menyiasat perkara itu. Jangan menyesal. Mereka yang menyebarkan khabar angin itu perlu membayar 'harga yang besar'.

"Jangan sebarkan pembohongan hodoh. Laman rangkaian sosial adalah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Jangan buruk-burukkan nama saya. Niatnya adalah untuk menggambarkan bahawa saya tidak biasa dengan undang-undang," kata Dr Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian Bayan Baru di Hotel Equatorial, Ahad.

Dr Ahmad Zahid berkata, khabar angin yang disebarkan adalah suatu cubaan agar pengguna media sosial membenci dirinya.

"Tarik balik pembohongan anda sekarang. Jangan mempermainkan saya.

"Jika pihak polis berjaya menyiasat pelakunya, tiada maaf bagimu," kata Dr Ahmad Zahid.

Artikel Lain