suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Menghadap Sultan Johor Petang Ini

KLUANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada petang Ahad.

Menurut sumber, Muhyiddin menerima undangan untuk menghadap Sultan Ibrahim pada pukul 3.30 petang ini di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

"Saya dimaklumkan Sultan akan memanggil beliau ke Istana untuk makan tengahari bersama," kata sumber berkenaan.

Difahamkan dalam pertemuan itu nanti, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri akan memberi penjelasan berhubung penggugurannya daripada Kabinet pada Selasa lalu.

Terdahulu, Muhyiddin hadir merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kluang, di Kompleks Pekan Rabu di Kluang, Johor.

Umno Kluang merupakan bahagian pertama yang dihadiri Muhyiddin selepas digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Lain