suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sertai GHB, PAS K.Terengganu Putus Hubungan Dengan Raja Kamarul Bahrin

Datuk Raja Kamarul Bahrin
KUALA TERENGGANU: PAS Kuala Terengganu pada Ahad memutuskan hubungan dengan anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad yang menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang baru ditubuhkan.

Setiausaha Pas kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud @Said @Mat Ali berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat semalam dan berpegang kepada satu pekeliling tentang GHB yang dikeluarkan Ibu pejabat PAS Pusat.

"Sebagaimana yang dimaklumi bahawa beliau (Raja Kamarul Bahrin) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi GHB Terengganu dalam himpunan GHB di Jerteh, Besut pada 31 Julai lalu dan beliau telah memperakui menerimanya," katanya dalam satu kenyataan.

GHB ditubuhkan beberapa pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti Jun lalu.

Pergerakan itu telah memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

Pada pilihan raya umum ke-13, Raja Kamarul Bahrin menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 10,785 undi atas tiket PAS mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zubir Embong dan calon Bebas Maimun Yusof.

Artikel Lain