suria

MH370: Keluarga Penumpang Dari China Mahu Siasatan Diteruskan

BEIJING: Keluarga penumpang dari China yang berada dalam penerbangan MH370 mahu siasatan terhadap pesawat hilang itu diteruskan.

Dalam satu kenyataan, ahli-ahli keluarga berkata carian perlu diteruskan seperti yang dijanjikan sehinggalah terdapat pengesahan bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion adalah sebahagian daripada pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang pada 8 Mac tahun lepas.

Cheng Liping, yang suaminya, Ju Kun berada dalam penerbangan MH370 memberitahu The Star bahawa ahli keluarga tidak akan percaya bahawa bangkai yang ditemui adalah sebahagian daripada kapal terbang yang hilang.

"Kami tidak akan percaya sehingga orang yang kita sayangi ditemui," katanya.

Seorang lagi waris, yang tidak mahu dikenali berharap pihak berkuasa dapat menentukan asal-usul serpihan secepat mungkin.
MH370, waris China

Artikel Berikut

Artikel Lain