suria

Bertindak Segera Jika Bercadang Sertai Parti Baharu- PAS Selangor

Datuk Iskandar Abdul Samad
KLANG: Ahli PAS yang bercadang untuk menyertai parti politik Gerakan Harapan Baru yang akan didaftarkan tidak lama lagi perlu berbuat demikian secepat mungkin, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor berkata beliau akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan ahli-ahli untuk kekal dalam parti.

"Tetapi jika ada orang yang benar-benar mahu menyertai parti baharu, kami menghormati pendirian mereka," katanya.

Walau bagaimanapun, Iskandar berkata jika terdapat pemimpin parti dalam golongan tersebut, mereka perlu menghormati ahli parti yang lain dan tidak membuat mereka tertunggu-tunggu.

"Satu keputusan segera perlu dibuat dengan segera untuk faedah kedua-dua pihak," katanya.

Iskandar menambah PAS juga telah bersiap sedia untuk memastikan parti itu terus berjalan dengan lancar jika ada pemegang jawatan menyertai parti baru.

Kenyataan itu dibuat berikutan kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman bahawa mereka yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai parti baharu itu ditamatkan keanggotaan mereka.

"Bukan niat kami untuk menyingkirkan sesiapa keluar dari PAS tetapi kami hanya bersedia untuk keadaan jika jawatan dikosongkan," kata Iskandar.

Pada Isnin, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu melancarkan Gerakan Harapan Baru, sebuah parti politik baharu yang berasaskan prinsip-prinsip Islam.

Gerakan ini terdiri daripada progresif PAS seperti Mohamad, Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Hanipah Maidin yang kalah dalam pemilihan PAS pada bulan Jun.

Artikel Lain