suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Portal Kanak-Kanak Hilang Inisiatif Yang Baik - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sebuah portal dalam usaha mencari kanak-kanak hilang di negara ini.

Menerusi catatan terbarunya di laman Twitter hari ini, Najib berharap portal itu mendapat maklum balas dan bantuan orang ramai.

"Portal http://knk2hilang.rmp.gov.my/ inisiatif yang baik, Polis Diraja Malaysia. Mudah-mudahan usaha mencari kanak-kanak yang hilang lebih berjaya dengan bantuan dan maklumat orang awam," katanya.

Portal yang dilancarkan PDRM pada laman web rasminya 8 Julai lepas itu adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dilaporkan daripada sejumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang antara 2011 dan Mei 2015, 8,441 akhirnya ditemui tetapi 338 orang kanak-kanak masih belum ditemui.

Artikel Lain