suria

Kerajaan Usaha Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Semua - PM

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pihak.

Perdana Menteri berkata ini penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur asing selain menjadi antara kerajaan paling efisien.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita baru-baru ini yang Malaysia kini merupakan destinasi keenam paling menarik bagi pelabur asing, selain menduduki tempat kelapan sebagai kerajaan paling efisien di dunia.

"Kerajaan berusaha beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pelabur," katanya dalam laman Twitter beliau malam Selasa.

Laporan media pada Isnin menyatakan Malaysia berada pada tempat keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini, melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014.

BPI merupakan kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.

Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina  (30) dan Thailand di ranking ke-38.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua itu mengesahkan semula bahawa Malaysia merupakan pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk para pelabur.

Najib Tun Razak, BPI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain