suria

SACC Teruskan Tradisi Ramadan

SHAH ALAM: Seraamai 60 penghuni Teratak Nur Barakah dan Rumah Amal Anak Yatim (PKAYDEM) diraikan pada majlis berbuka puasa di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), Selasa.

Pengurus Teratak Nur Barakah, Solehah Abu Hassan bersyukur kerana rumah kebajikan itu dijemput SACC untuk majlis iftar kali ini.

“Sedikit sebanyak jemputan ini dapat membantu kami dari segi perbelanjaan makan minum anak-anak ini,” katanya.

Seorang sukarelawan dari PKAYDEM, Abdul Salam Khairuddin pula berkata, majlis seperti itu menggembirakan anak-anak yatim dan menyemarakkan Ramadan mereka tahun ini.

“Anak-anak ini pasti gembira kerana kerana mereka diraikan dan berpeluang untuk menikmati juadah yang enak di bulan Ramadan,” kata Abdul Salam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Shuhainie Shamsudin berkata, meraikan anak-anak yatim adalah tradisi dan ini adalah salah satu cara untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Sudah menjadi kelaziman dan tradisi kami untuk mencurahkan bakti kepada masyarakat,” katanya.

Tahun ini pihak SACC memutuskan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan mualaf dan memilih Hidayah Centre Foundation (HCF) sebagai penerima Dana Bantuan Muallaf yang diwujudkan ini.

Wakil HCF, Nicholas Sylverster berterima kasih kepada pihak SACC kerana sudi membantu badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

“Kami sememangnya mengalu-alukan bantuan orang ramai kerana antara perkara asas yang perlu ditangani mualaf adalah dari segi kewangan dan bantuan sebegini dianggap sebagai sokongan moral,” tambahnya.

SACC, Pusat Konvesyen Shah Alam

Artikel Berikut

Artikel Lain