suria

Seludup Jongkong Emas: Belum Sah Rakyat M'sia Turut Ditahan - KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat mengesahkan sama ada rakyat Malaysia turut ditahan pihak berkuasa India dalam  kes cubaan menyeludup jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta) ke negara itu pada Selasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat berhubung penahanan berkenaan.

"Interpol belum memaklumkan kami," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama Rabu.

Semalam seramai 45 penumpang pesawat AirAsia adalah antara 56 suspek yang ditahan pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam,  Andhra Pradesh selepas mereka dikesan cuba menyeludup 62 kilogram jongkong emas, menurut akhbar Times of India.

Jongkong emas berkenaan ditemui tersembunyi bersama barangan elektronik penumpang daripada penerbangan dua pesawat syarikat berkenaan yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Beberapa lagi jongkong emas turut ditemui dalam penerbangan Silk Air dari Singapura.
KPN, jongkong emas

Artikel Lain