Kerjasama Telco Diperlukan Untuk Keberkesanan MERS999 - SKMM - Semasa | mStar

Kerjasama Telco Diperlukan Untuk Keberkesanan MERS999 - SKMM

KUALA LUMPUR: Sistem Respons Kecemasan Malaysia 999 (MERS999) mesti berupaya menjejaki dengan tepat si pemanggil bagi memberikan bantuan segera.

Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata kerjasama semua syarikat telekomunikasi (telco) adalah diperlukan dalam memastikan keberkesanan sistem itu.

"Isu ini berbangkit apabila data untuk menjejaki si pemanggil tidak tersedia oleh pihak telco.

"Ketika ini, telco hanya membenarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai akses kepada alamat berdaftar si pemanggil, dan sering kali tidak memadai dalam situasi-situasi kecemasan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Halim berkata pihaknya memahami alasan kompetitif pihak telco untuk tidak mengeluarkan data kepada pengendali MERS999, iaitu TM Berhad.


Bagaimanapun, katanya keselamatan rakyat Malaysia, terutama apabila nyawa-nyawa boleh diselamatkan, harus diutamakan.

MERS999 merupakan inisiatif oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan TM Berhad supaya panggilan kecemasan tergabung ke satu nombor tunggal 999 yang menghubungkan panggilan kecemasan dari Pusat Respons MERS999 kepada Pusat Penghantaran Agensi Kecemasan, pengendalian dan penyenggaraan Sistem MERS999.
SKMM , Telco , MERS999

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain