suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang Karpet Di Nilai 3 Terbakar

Api sedang marak dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah kilang karpet yang terletak di Pusat Perniagaan Nilai 3 dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang Rabu. -fotoBERNAMA (gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan)
NILAI: Sebuah kilang karpet yang terletak di Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini, musnah dalam kebakaran pada 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Pegawai Kanan Bomba Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata setakat 9.50 malam Rabu, operasi memadamkan api masih dijalankan di premis yang berkeluasan kira-kira 10,000 kaki persegi itu.

"Kilang yang berkeluasan besar itu dan terdapat bahan mudah terbakar seperti kain melambatkan operasi memadamkan api.

"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmad Mukhlis berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Selain Balai Bomba Nilai, operasi memadamkan kebakaran itu turut dibantu oleh Balai Bomba Mantin, Rembau, Seremban dan Seremban 2.
kilang karpet, Nilai 3

Artikel Lain